Majlis Rumah Terbuka bersama Ahli Parlimen Seputeh
9 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 8 Julai 2018, ahli parlimen Seputeh Yang Berhormat Teresa Kok Suh Sim merangkap Menteri Industri Utama telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri kepada seluruh komuniti PPR Kg Muhibbah bertempat di Dewan Komuniti PPR Kg Muhibbah. Dianggarkan seramai lebih 1000 orang telah hadir untuk sama-sama meraikan sambutan hari raya bersama ahli parlimen tersebut.
Disamping para pengunjung menikmati juadah raya seperti lemang, rendang, nasi ayam, mi kari dan sebagainya mereka dapat beramah mesra bersama wakil rakyat tersebut. Sedikit penyampaian sumbangan untuk golongan yang kurang berkemampuan turut diserahkan sendiri oleh YB Teresa Kok. Kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah turut menerima duit raya dari YB Teresa Kok bagi memeriahkan lagi Majlis Rumah Terbuka tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: